: Hadis riwayat Muslim
عن أبي سعيدِ الخدري رضي الله عنه قال سمعتُ رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : مَن رأى منكم منكرًا فليغَيِّرْهُ بيده فإنْ لم يستطِعْ فبقلبهِ وذلك أضعف الإيمانِ.
Maksudnya: "Daripada Abu Said al-Khudri RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangan, sekiranya dia tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, sekiranya tidak mampu mengubah dengan lidah hendaklah dia mengubah dengan hati, dan mengubah dengan hati adalah selemah-lemah iman."
Tanggungjawab Mencegah kemungkaran
Kemungkaran ialah setiap perbuatan yang diharamkan oleh syariat Islam sama ada kesalahan terhadap Allah atau kepada manusia dan alam sekitar. Oleh itu, umat Islam wajib mencegah kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat.
Cara Mencegah Kemungkaran
Rasulullah SAW telah memberi panduan yang jelas tentang cara melaksanakan tanggungjawab mencegah kemungkaran tersebut iaitu :
1) Mengubah dengan Tangan.
Maksudnya ialah mengubah dengan kuasa yang ada pada seseorang mengikut kemampuan dan bidang kuasa masing-masing.
Contohnya :
- Bapa bertanggungjawab terhadap anaknya.
- Guru bertanggungjawab terhadap murid-muridnya.
- Ketua kelas bertanggungjawab terhadap rakan-rakan di kelasnya.
2) Mengubah dengan Lidah.
- Pemimpin bertanggungjawab terhadap rakyatnya.
Sekiranya tidak mampu mengubah dengan kuasanya, hendaklah mengubah dengan percakapan atau lisan iaitu dengan memberi nasihat dan bimbingan yang baik.
Rasulullah SAW telah mengingatkan kita supaya sentiasa menyuruh melakukan makruf dan mencegah kemungkaran. Jika kita meninggalkan kedua-dua amalan tersebut, Allah akan menjadikan orang yang jahat menguasai kita. Pada waktu itu, doa orang yang baik dalam kalangan kita tidak mustajab.
3) Mengubah dengan Hati.
sekiranya tidak mampu juga, hendaklah mengubah dengan hati, iaitu dengan cara membenci kemungkaran tersebut dan menjauhkan diri dari tempat kemungkaran itu.
Mencegah dengan hati adalah selemah-lemah iman kerana kesannya hanyalah untuk kebaikan diri sendiri sedangkan kemungkaran tetap berlaku.
Seseorang hendaklah berazam tidak melakukan perkara mungkar dan berharap agar suatu ketika nanti dapat mencegahnya dengan lisan dan kuasa. Kesabaran amat diperlukan kerana tanpanya seseorang tidak akan dapat berhadapan dengan perkara mungkar.
tolong cek matan hadis di atas.ada kesalahan.berhati hati
ReplyDeleteini berdasarkan buku teks pendidikan Islam KPM tuan...
ReplyDeleteMmg berdasarkan buku teks, tapi hadis yang ditulis tu tertinggal beberapa potongan, nanti keliru murid
Deletetertinggal beberapa potongan ayat yaitu tertinggal ayat 'hendaklah mengubahnya dengan lidah, sekiranya tidak mampu mengubah dengan lidah hendaklah dia mengubah' dalam bahasa arabnya. dalam terjemahan sudah lengkap. harap dapat di edit semula.
ReplyDeleteApakah hukum menangani kemungkaran?
ReplyDeleteWajib
DeleteEntahlah sial takde mana pun kat dalam ni
ReplyDeleteYe ke tak tannya pun
ReplyDeleteApakah hukum mencegah kemungkaran
ReplyDeletewajib bagi seluruh umat islam
DeleteBagaimana cara menangani kemungkaran melalui hati?Nyatakan 3!!
ReplyDeleteNak tanya juga boleh...nyatakan pengajaran berdasarkan hadis di atas....
ReplyDeleteJelaskan konsep mencegah kemungkaran dengan tangan
ReplyDeleteApakah yg akan berlaku sekiranya kemungkaran tak dibendung ?
ReplyDeleteKenapa islam menekankan pencegahan kemungkaran
ReplyDeleteMengapakah islam menekankan pencegahan kemungkaran sebagai tanggungjawab semua umat islam
ReplyDeleteboleh tak sesiapa tlonggg buatt ayt ni ada isi, hr, hl, kesimpulan
ReplyDelete