Utama

Monday 12 December 2011

Hidayah Sumber Kebahagiaan



Ayat Tilawah: Surah al-Imran





(Surah ali-Imran: 8)
Maksudnya: “(Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami rahmat dari sisi-Mu; Sesungguhnya Engkau maha pemberi kurnia.”

Pengertian Hidayah dan Rahmat


1) Hidayah: 
  • Bahasa : Petunjuk.
  • Istilah  : Petunjuk Allah ke arah kebenaran.
Allah menganugerahkan hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya agar beriman dan mentaati perintah-Nya. Orang yang mendapat petunjuk Allah ialah orang yang paling beruntung.

Firman Allah : (Surah al-A'raf: 178)



Maksudnya: "Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah dialah yang beroleh petunjuk, dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka merekalah orang yang rugi."


2) Rahmat:
  • Bahasa  : Belas kasihan.
  • Istilah   : Segala kebaikan yang Allah kurniakan kepada  manusia seperti tubuh badan yang sihat, minda yang cerdas dan jiwa yang bersih.

Cara-cara Memperoleh dan Mengekalkan Hidayah

Hidayah merupakan hak mutlak Allah. Kita hendaklah bersyukur kerana telah diberi hidayah sebagai seorang muslim. Oleh itu, marilah kita sama-sama berusaha untuk memperoleh dan mengekalkan hidayah Allah dengan melakukan perkara-perkara berikut :

  • Mensyukuri nikmat Allah.
  • Meyakini kepada kebenaran akidah.
  • Berakhlak mulia dalam kehidupan.
  • Bersungguh-sungguh menimba ilmu.
  • Berdoa memohon pertolongan Allah.
  • Memelihara hubungan baik antara makhluk.
  • Melaksanakan tanggungjawab amar makruf dan nahi mungkar.
  • Mempertingkatkan ibadat seperti solat dan membaca al-Quran.
Kelebihan Mendapat Hidayah

Orang yang mendapat hidayah sentiasa mentaati Allah sehingga mendapat keredaan dan kebahagiaan hidup. Manakala, orang yang tidak mendapat hidayah akan hidup dalam kesesatan dan kebatilan.

Firman Allah: (Surah al-Isra' : 15)

مَنِ اهْتَدَى فَإِنَّمَا يَهْتَدِي لِنَفْسِهِ وَمَنْ ضَلَّ فَإِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيْهَا ...

Maksudnya: “Sesiapa Yang beroleh petunjuk, maka sesungguhnya faedah petunjuk itu untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat sesungguhnya kesan buruk kesesatan itu juga ditanggung oleh dirinya sendiri…”

Ciri-ciri Orang yang Mendapat Hidayah ialah:
  1. Tabah dan sabar menghadapi cabaran hidup.
  2. Berfikiran terbuka dan berpandangan jauh.
  3. Senang menerima kebenaran.
  4. Hidup dalam keadaan tenang dan gembira.
  5. Mudah melakukan kebaikan. 
Akibat Tidak Mendapat Hidayah
  1. Mudah kecewa apabila meghadapi kegagalan.
  2. Berfikiran sempit dan bertindak melulu.
  3. Susah menerima kebenaran.
  4. Hidup dalam keadaan keluh kesah. 
  5. Sukar melakukan kebaikan.
Perkara yang Menghalang Hidayah Allah

Hidayah umpama barang perhiasan. Jika tidak dipelihara ia akan pudar. Justeru, kita hendaklah berusaha memlihara hidayah serta menjauhkan perkara yang menyebabkan seseorang insan terhindar daripada mendapat hidayah Allah.

Antaranya ialah :
  • Meninggalkan ibadat-ibadat wajib seperti solat lima waktu dan puasa ramadhan.
  • Melakukan maksiat seperti minum arak dan berjudi.
  • Memiliki sifat-sifat mazmumah seperti takbur, tamak, riak, sum'ah dan ujub.
  • Tidak meghormati ibu bapa dan guru.

10 comments: