Utama

Wednesday 7 December 2011

Solat Jama' dan Qasar


Solat ialah ibadah yang paling penting kepada setiap Muslim, ia wajib dilaksanakan mengikut waktu dan cara yang ditentukan. Namyn begitu Allah Yang Maha Pengasih memberi ruksah kepada hambanya apabila mereka bermusafir.

RUKHSAH: kemudahan atau keringanan yang diberikan kepada orang yang bermusafir untuk melaksanakan solat dengan cara Jama' dan Qasar. Seorang yang bermusafir ke suatu destinasi yang jauh diharuskan menunaikan solat secara Qasar dan Jama' atau kedua-duanya sekali.

SYARAT SOLAT JAMA'

1) Jama' takdim
  • Dimulai dengan solat yang waktunya terdahulu iaitu zohor dan maghrib
  • Bernia Jama' dalam solat yang pertama
  • Berturut-turut solat tersebut
  • Perjalanan masih berterusah sehingga masuk ke solat kedua
2) Jama' ta'khir
  • Berniat akan elakukan jama' ta'khir semasa dalam waktu solat yang pertama
  • Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat kedua-dua solat selesai didirikan 


SYARAT SOLAT QASAR
  • Hendaklah melepasi sempadan kawasan tempat tinggal.
  • Tidak niat bermukim melebihi empat hari tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
  • Tidak berimamkan Imam yang sempurna rakaatnya
  • Masih dalam keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar



Niat Solat


1) Solat  Zohor dan Asar Jamak Taqdim

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Maksudnya: "Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya  Jamak Taqdim kerana Allah Taala."

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Maksudnya: "Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor Jamak Taqdim kerana Allah Taala."

Solat Maghrib dan Isya’ (Jamak Taqdim)

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Maksudnya: "Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala."

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Maksudnya: "Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 4 rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib Jamak Taqdim kerana Allah Taala."

2) Solat  Zohor dan Asar (Jamak Ta’hir)

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Maksudnya: "Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor Jamak Ta’hir kerana Allah Taala."
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Maksudnya: "Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala."

3) Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Maksudnya: "Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4 rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib Jamak Ta’hir kerana Allah Taala."

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
 Maksudnya: "Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’kepadanya Jamak Ta’hir kerana Allah Taala."

No comments:

Post a Comment