Utama

Monday 12 December 2011

Mencegah Kemungkaran Tanggungjawab Bersama



 : Hadis riwayat Muslim
عن أبي سعيدِ الخدري رضي الله عنه قال سمعتُ رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : مَن رأى منكم منكرًا فليغَيِّرْهُ بيده فإنْ لم يستطِعْ فبقلبهِ وذلك أضعف الإيمانِ.

Maksudnya: "Daripada Abu Said al-Khudri RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangan, sekiranya dia tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, sekiranya tidak mampu mengubah dengan lidah hendaklah dia mengubah dengan hati, dan mengubah dengan hati adalah selemah-lemah iman."


Tanggungjawab Mencegah kemungkaran


Kemungkaran ialah setiap perbuatan yang diharamkan oleh syariat Islam sama ada kesalahan terhadap Allah atau kepada manusia dan alam sekitar. Oleh itu, umat Islam wajib mencegah kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat.

Cara Mencegah Kemungkaran

Rasulullah SAW telah memberi panduan yang jelas tentang cara melaksanakan tanggungjawab mencegah kemungkaran tersebut iaitu :

1) Mengubah dengan Tangan.

Maksudnya ialah mengubah dengan kuasa yang ada pada seseorang mengikut kemampuan dan bidang kuasa masing-masing.

Contohnya :
  • Bapa bertanggungjawab terhadap anaknya. 
  •  Guru bertanggungjawab terhadap murid-muridnya.
  •  Ketua kelas bertanggungjawab terhadap rakan-rakan di kelasnya.
  •  Pemimpin bertanggungjawab terhadap rakyatnya.
2) Mengubah dengan Lidah. 
Sekiranya tidak mampu mengubah dengan kuasanya, hendaklah mengubah dengan percakapan atau lisan iaitu dengan memberi nasihat dan bimbingan yang baik.
Rasulullah SAW telah mengingatkan kita supaya sentiasa menyuruh melakukan makruf dan mencegah kemungkaran. Jika kita meninggalkan kedua-dua amalan tersebut, Allah akan menjadikan orang yang jahat menguasai kita. Pada waktu itu, doa orang yang baik dalam kalangan kita tidak mustajab.

3) Mengubah dengan Hati.
sekiranya tidak mampu juga, hendaklah mengubah dengan hati, iaitu dengan cara membenci kemungkaran tersebut dan menjauhkan diri dari tempat kemungkaran itu. 
Mencegah dengan hati adalah selemah-lemah iman kerana kesannya hanyalah untuk kebaikan diri sendiri sedangkan kemungkaran tetap berlaku.
Seseorang hendaklah berazam tidak melakukan perkara mungkar dan berharap agar suatu ketika nanti dapat mencegahnya dengan lisan dan kuasa. Kesabaran amat diperlukan kerana tanpanya seseorang tidak akan dapat berhadapan dengan perkara mungkar.

17 comments:

  1. tolong cek matan hadis di atas.ada kesalahan.berhati hati

    ReplyDelete
  2. ini berdasarkan buku teks pendidikan Islam KPM tuan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg berdasarkan buku teks, tapi hadis yang ditulis tu tertinggal beberapa potongan, nanti keliru murid

      Delete
  3. tertinggal beberapa potongan ayat yaitu tertinggal ayat 'hendaklah mengubahnya dengan lidah, sekiranya tidak mampu mengubah dengan lidah hendaklah dia mengubah' dalam bahasa arabnya. dalam terjemahan sudah lengkap. harap dapat di edit semula.

    ReplyDelete
  4. Apakah hukum menangani kemungkaran?

    ReplyDelete
  5. Entahlah sial takde mana pun kat dalam ni

    ReplyDelete
  6. Apakah hukum mencegah kemungkaran

    ReplyDelete
  7. Bagaimana cara menangani kemungkaran melalui hati?Nyatakan 3!!

    ReplyDelete
  8. Nak tanya juga boleh...nyatakan pengajaran berdasarkan hadis di atas....

    ReplyDelete
  9. Jelaskan konsep mencegah kemungkaran dengan tangan

    ReplyDelete
  10. Apakah yg akan berlaku sekiranya kemungkaran tak dibendung ?

    ReplyDelete
  11. Kenapa islam menekankan pencegahan kemungkaran

    ReplyDelete
  12. Mengapakah islam menekankan pencegahan kemungkaran sebagai tanggungjawab semua umat islam

    ReplyDelete
  13. boleh tak sesiapa tlonggg buatt ayt ni ada isi, hr, hl, kesimpulan

    ReplyDelete