Utama

Monday 12 December 2011

Beriman kepada Asma' al-Husna

1) Apa itu Asma' al-Husna?
  • Nama-nama Allah yang indah. Nama-nama tersebut melambangkan kesempurnaan Allah.

2) Bagaimana dapat mengetahui dan mengenali nama-nama dan sifat-sifat Allah?
  • Firman Allah: (Surah al-Hasr: 24)


Maksudnya: "Dialah Allah yang menciptakan sekalian makhluk, yang mengadakan (daripada tiada kepada ada), yang membentuk rupa (makhluk-makhluk-Nya menurut yang dikehendaki-Nya), bagi-Nyalah nama-nama yang indah dan bertasbih kepada-Nya segala apa-apa yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah yang maha mulia lagi maha bijaksana."

 3) Bolehkah mengenali sifat-sifat kesempurnaan Allah melalui logik akal?
  • Cuba lihat "komputer" yang semakin canggih dari semasa ke semasa.
  • Anda pasti terpegun dengan kebijaksaan orang yang menciptanya.
  • Namun, apabila memikirkan sekali lagi, nescaya anda lebih terpegun dengan kebijaksanaan pencipta manusia iaitu "Allah".
4) Berapakah nama-nama Allah?
  • Kita manusia yang lemah tidak mengetahui bilangan sebenar nama Allah.
  • Namun, dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah, Rasulullah SAW menganjurkan agar mengenali dan memahami 99 nama Allah. 
  • Rasulullah bersabda : (Riwayat al-Bukhari)


إن للهِ تسعةً وتسعِين اسماً مائةً إلاَّ واحدًا مَن أحصاها دخل الجنة
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, sesiapa yang menghitungnya (memikirkan tujuan maknanya dan beramal dengan tuntutan maknanya itu), mereka akan masuk syurga."


Video 1


Video 2

No comments:

Post a Comment