Utama

Tuesday 13 December 2011

Menjaga Maruah Diri


Kepentingan Menjaga Maruah Diri

Setiap individu muslim wajib menjaga diri dan maruah dengan memelihara diri daripada melakukan perbuatan yang mencemarkan nama baik dan menjatuhkan kehormatan diri sendiri. Memelihara diri dan maruah amat penting demi menjaga kemuliaan diri, keluarga, masyarakat dan Negara. Umat yang bermaruah ialah umat yang memiliki jati diri dengan berpegang kepada ajaran Islam dan tidak terpengaruh dengan unsur-unsur asing yang merosakkan.

Cara Menjaga Diri Dan Maruah

Islam telah mengariskan panduan untuk menjaga imej diri dan maruah terutama dalam cara berpakaian, percakapan dan pergaulan. Sebagai muslim kita wajib memelihara semua adab ini supaya maruah kita tidak tercemar dan kualiti diri sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Cara Pergaulan

1)  Memberi salam dan berjabat tangan ketika bertemu dengan saudara Islam (dengan batasan syara’)


  

2)  Menjaga tatasusila dan hukum syara’ dalam pergaulan.




 3)Hormat menghormati, berkasih sayang dan beramah mesra antara satu sama lain. Rasulullah s.a.w bersabda:



ارحموا ترحموا

Maksudnya:"kasihanilah (orang lain) pasti kamu akan dikasihi."
(Riwayat Bukhari)


4)    Bertukar-tukar pendapat dan pandangan dengan orang lain.

5)   Menjaga rahsia dan keaiban orang lain.

6)    Mementingkan sahabat melebihi diri sendiri.

7) Menepati janji yang baik, Firman Allah taala Mafhumnya:

“ …dan orang-orang yang menepati janji apabila dia berjanji”
(Surah Al-Baqarah : Ayat 177)


No comments:

Post a Comment