Setiap individu muslim wajib menjaga diri dan maruah dengan memelihara diri daripada melakukan perbuatan yang mencemarkan nama baik dan menjatuhkan kehormatan diri sendiri. Memelihara diri dan maruah amat penting demi menjaga kemuliaan diri, keluarga, masyarakat dan Negara. Umat yang bermaruah ialah umat yang memiliki jati diri dengan berpegang kepada ajaran Islam dan tidak terpengaruh dengan unsur-unsur asing yang merosakkan.
Cara Menjaga Diri Dan Maruah
Islam telah mengariskan panduan untuk menjaga imej diri dan maruah terutama dalamcara berpakaian, percakapan dan pergaulan. Sebagai muslim kita wajib memelihara semua adab ini supaya maruah kita tidak tercemar dan kualiti diri sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Cara Pergaulan
1) Memberi salam dan berjabat tangan ketika bertemu dengan saudara Islam (dengan batasan syara’)
2) Menjaga tatasusila dan hukum syara’ dalam pergaulan.
3)Hormat menghormati, berkasih sayang dan beramah mesra antara satu sama lain. Rasulullah s.a.w bersabda:
ارحموا ترحموا
Maksudnya:"kasihanilah (orang lain) pasti kamu akan dikasihi."
(Riwayat Bukhari)
4) Bertukar-tukar pendapat dan pandangan dengan orang lain.
5)Menjaga rahsia dan keaiban orang lain.
6) Mementingkan sahabat melebihi diri sendiri.
7)Menepati janji yang baik, Firman Allah taala Mafhumnya:
“ …dan orang-orang yang menepati janji apabila dia berjanji”
Nama-nama Allah yang indah. Nama-nama tersebut melambangkan kesempurnaan Allah.
2) Bagaimana dapat mengetahui dan mengenali nama-nama dan sifat-sifat Allah?
Firman Allah: (Surah al-Hasr: 24)
Maksudnya:"Dialah Allah yang menciptakan sekalian makhluk, yang mengadakan (daripada tiada kepada ada), yang membentuk rupa (makhluk-makhluk-Nya menurut yang dikehendaki-Nya), bagi-Nyalah nama-nama yang indah dan bertasbih kepada-Nya segala apa-apa yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah yang maha mulia lagi maha bijaksana."
3) Bolehkah mengenali sifat-sifat kesempurnaan Allah melalui logik akal?
Cuba lihat "komputer" yang semakin canggih dari semasa ke semasa.
Anda pasti terpegun dengan kebijaksaan orang yang menciptanya.
Namun, apabila memikirkan sekali lagi, nescaya anda lebih terpegun dengan kebijaksanaan pencipta manusia iaitu "Allah".
4) Berapakah nama-nama Allah?
Kita manusia yang lemah tidak mengetahui bilangan sebenar nama Allah.
Namun, dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah, Rasulullah SAW menganjurkan agar mengenali dan memahami 99 nama Allah.
Rasulullah bersabda : (Riwayat al-Bukhari)
إن للهِ تسعةً وتسعِين اسماً مائةً إلاَّ واحدًا مَن أحصاها دخل الجنة
Maksudnya:"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, sesiapa yang menghitungnya (memikirkan tujuan maknanya dan beramal dengan tuntutan maknanya itu), mereka akan masuk syurga."
عن أبي سعيدِ الخدري رضي الله عنه قال سمعتُ رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : مَن رأى منكم منكرًا فليغَيِّرْهُ بيده فإنْ لم يستطِعْ فبقلبهِ وذلك أضعف الإيمانِ.
Maksudnya: "Daripada Abu Said al-Khudri RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangan, sekiranya dia tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, sekiranya tidak mampu mengubah dengan lidah hendaklah dia mengubah dengan hati, dan mengubah dengan hati adalah selemah-lemah iman."
Tanggungjawab Mencegah kemungkaran
Kemungkaran ialah setiap perbuatan yang diharamkan oleh syariat Islam sama ada kesalahan terhadap Allah atau kepada manusia dan alam sekitar. Oleh itu, umat Islam wajib mencegah kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat.
Cara Mencegah Kemungkaran
Rasulullah SAW telah memberi panduan yang jelas tentang cara melaksanakan tanggungjawab mencegah kemungkaran tersebut iaitu :
1) Mengubah dengan Tangan.
Maksudnya ialah mengubah dengan kuasa yang ada pada seseorang mengikut kemampuan dan bidang kuasa masing-masing.
Contohnya :
Bapa bertanggungjawab terhadap anaknya.
Guru bertanggungjawab terhadap murid-muridnya.
Ketua kelas bertanggungjawab terhadap rakan-rakan di kelasnya.
Pemimpin bertanggungjawab terhadap rakyatnya.
2) Mengubah dengan Lidah.
Sekiranya tidak mampu mengubah dengan kuasanya, hendaklah mengubah dengan percakapan atau lisan iaitu dengan memberi nasihat dan bimbingan yang baik.
Rasulullah SAW telah mengingatkan kita supaya sentiasa menyuruh melakukan makruf dan mencegah kemungkaran. Jika kita meninggalkan kedua-dua amalan tersebut, Allah akan menjadikan orang yang jahat menguasai kita. Pada waktu itu, doa orang yang baik dalam kalangan kita tidak mustajab.
3) Mengubah dengan Hati.
sekiranya tidak mampu juga, hendaklah mengubah dengan hati, iaitu dengan cara membenci kemungkaran tersebut dan menjauhkan diri dari tempat kemungkaran itu.
Mencegah dengan hati adalah selemah-lemah iman kerana kesannya hanyalah untuk kebaikan diri sendiri sedangkan kemungkaran tetap berlaku.
Seseorang hendaklah berazam tidak melakukan perkara mungkar dan berharap agar suatu ketika nanti dapat mencegahnya dengan lisan dan kuasa. Kesabaran amat diperlukan kerana tanpanya seseorang tidak akan dapat berhadapan dengan perkara mungkar.
Maksudnya:“(Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami rahmat dari sisi-Mu; Sesungguhnya Engkau maha pemberi kurnia.”
Pengertian Hidayah dan Rahmat
1) Hidayah:
Bahasa : Petunjuk.
Istilah : Petunjuk Allah ke arah kebenaran.
Allah menganugerahkan hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya agar beriman dan mentaati perintah-Nya. Orang yang mendapat petunjuk Allah ialah orang yang paling beruntung.
Firman Allah : (Surah al-A'raf: 178)
Maksudnya: "Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah dialah yang beroleh petunjuk, dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka merekalah orang yang rugi."
2) Rahmat:
Bahasa : Belas kasihan.
Istilah : Segala kebaikan yang Allah kurniakan kepada manusia seperti tubuh badan yang sihat, minda yang cerdas dan jiwa yang bersih.
Cara-cara Memperoleh dan Mengekalkan Hidayah
Hidayah merupakan hak mutlak Allah. Kita hendaklah bersyukur kerana telah diberi hidayah sebagai seorang muslim. Oleh itu, marilah kita sama-sama berusaha untuk memperoleh dan mengekalkan hidayah Allah dengan melakukan perkara-perkara berikut :
Mensyukuri nikmat Allah.
Meyakini kepada kebenaran akidah.
Berakhlak mulia dalam kehidupan.
Bersungguh-sungguh menimba ilmu.
Berdoa memohon pertolongan Allah.
Memelihara hubungan baik antara makhluk.
Melaksanakan tanggungjawab amar makruf dan nahi mungkar.
Mempertingkatkan ibadat seperti solat dan membaca al-Quran.
Kelebihan Mendapat Hidayah
Orang yang mendapat hidayah sentiasa mentaati Allah sehingga mendapat keredaan dan kebahagiaan hidup. Manakala, orang yang tidak mendapat hidayah akan hidup dalam kesesatan dan kebatilan.
Maksudnya:“Sesiapa Yang beroleh petunjuk, maka sesungguhnya faedah petunjuk itu untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat sesungguhnya kesan buruk kesesatan itu juga ditanggung oleh dirinya sendiri…”
Ciri-ciri Orang yang Mendapat Hidayah ialah:
Tabah dan sabar menghadapi cabaran hidup.
Berfikiran terbuka dan berpandangan jauh.
Senang menerima kebenaran.
Hidup dalam keadaan tenang dan gembira.
Mudah melakukan kebaikan.
Akibat Tidak Mendapat Hidayah
Mudah kecewa apabila meghadapi kegagalan.
Berfikiran sempit dan bertindak melulu.
Susah menerima kebenaran.
Hidup dalam keadaan keluh kesah.
Sukar melakukan kebaikan.
Perkara yang Menghalang Hidayah Allah
Hidayah umpama barang perhiasan. Jika tidak dipelihara ia akan pudar. Justeru, kita hendaklah berusaha memlihara hidayah serta menjauhkan perkara yang menyebabkan seseorang insan terhindar daripada mendapat hidayah Allah.
Antaranya ialah :
Meninggalkan ibadat-ibadat wajib seperti solat lima waktu dan puasa ramadhan.
Melakukan maksiat seperti minum arak dan berjudi.
Memiliki sifat-sifat mazmumah seperti takbur, tamak, riak, sum'ah dan ujub.
Solat ialah ibadah yang paling penting kepada setiap Muslim, ia wajib dilaksanakan mengikut waktu dan cara yang ditentukan. Namyn begitu Allah Yang Maha Pengasih memberi ruksah kepada hambanya apabila mereka bermusafir.
RUKHSAH: kemudahan atau keringanan yang diberikan kepada orang yang bermusafir untuk melaksanakan solat dengan cara Jama' dan Qasar. Seorang yang bermusafir ke suatu destinasi yang jauh diharuskan menunaikan solat secara Qasar dan Jama' atau kedua-duanya sekali.
SYARAT SOLAT JAMA'
1) Jama' takdim
Dimulai dengan solat yang waktunya terdahulu iaitu zohor dan maghrib
Bernia Jama' dalam solat yang pertama
Berturut-turut solat tersebut
Perjalanan masih berterusah sehingga masuk ke solat kedua
2) Jama' ta'khir
Berniat akan elakukan jama' ta'khir semasa dalam waktu solat yang pertama
Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat kedua-dua solat selesai didirikan
SYARAT SOLAT QASAR
Hendaklah melepasi sempadan kawasan tempat tinggal.
Tidak niat bermukim melebihi empat hari tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
Tidak berimamkan Imam yang sempurna rakaatnya
Masih dalam keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar